BALKANISASI
SIBER...pernahkah kita mendengar mengenai perkataan itu sepanjang kehidupan
kita. Adakah kita sedar tanpa kita sedari kita telah mengamalkan sesuatu tanpa
mengetahui maksudnya. Saya amat tertarik dengan satu artikel yang telah ditulis
oleh seorang penulis yang amat luas ilmu pengetahuannya dalam bidang bahasa.
Beliau adalah Dr Rahmat Ghazali.
Ramai yang tidak sedar bahawa selama ini kita telah
menggunakan banyak perkataan yang kita sendiri tidak memahami dan mengetahui
maknanya. Begitu juga dengan diri si penulis ini yang buat pertama kalinya
mendengar perkataan balkanisasi. Satu perkataan yang sangat ganjil dan tidak
diketahui maksudnya. Buat kesekian kalinya, si penulis kembali membelek kamus
dewan bahasa dan mencari makna perkataan tersebut tetapi malangnya perkataan
tersebut tidak dapat di jejaki. Lalu si penulis dengan segera menari-narikan
jarinya di atas papan kekunci untuk mencari maksud sebenar balkanisasi siber
dan siapa yang telah menjumpainya.
Konsep
Balkanisasi media atau yang pertama kalinya diperkenalkan oleh Cass Sunstein[1]
(2002) sebagai ‘balkanisasi siber’ memaparkan suatu analogi terhadap gejala
media yang menjadikan khalayak terpisah, membentuk koloni masing-masing dan
ganas pada kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka. Pada terasnya, konsep
‘balkanisasi’ atau melalui kata akarnya ‘balkan’, diberikan kepada fenomena
kebebasan negara-negara Balkan, khususnya Yugoslavia, yang membawa impak
negatif dalam konteks perhubungan antarabangsa kerana kemerdekaan menjadikan
mereka terpisah dan ganas sesama jiran. Dampak sedemikian juga mempunyai
kebarangkalian dalam kalangan khalayak media kerana membolehkan penggunanya
menempah bahan mengikut citarasa dan tuntutan-tuntutan peribadi (customisation
and personalisation), terutamanya melalui Internet.
Setelah
selesai membaca artikel mengenai Balkanisasi Siber di halaman tersebut, penulis
terdetik untuk mengulas sedikit mengenai Balkanisasi Siber. Cuba kita semua
bayangkan apa yang bakal berlaku kepada masyarakat Malaysia jika
pahaman-pahaman luar yang selama ini tidak pernah diketahui disebarkan secara
meluas dan memasuki fikiran masyarakat Malaysia. Perkara ini amat menakutkan
tetapi tidak mustahil bakal berlaku. Ini dapat diperhatikan apabila penulis
cuba mencari pautan mengenai agama Islam. Sedang penulis asyik menghadap papan
kekunci, tiba-tiba terdetik untuk mencari jika terdapat pautan mengenai “islam
is bad”.
Pengguna
laman sesawang juga mempunyai kuasa dan hak untuk memuat naik apa sahaja
komentar yang dirasakan benar dan ingin dikongsi kepada rakyat Malaysia.
Kewujudan madia baru seperti blogspot dan sebagainya telah membuatkan jumlah
wartawan-wartawan laman sesawang semakin meningkat ibarat cendawan tumbuh
selepas hujan. Penulis hanya meluahkan apa yang penulis rasakan selepas
meneliti dan mengkaji persekitaran penulis sendiri. Tidak salah untuk mengejar
kemajuan tetapi jangan biarkan diri kita ditenggelamkan olehnya. Perkuatkan
tunjang peribadi dan perkasakan diri dengan akhlak yang telah diajarkan oleh
Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W dan kita pasti tidak akan alpa dengan
arus permodenan yang telah dibentangkan.
Jika
anda berminat untuk membaca artikel ini secara penuh boleh mengaksesnya disini
versi Bahasa Melayu
versi Bahasa Inggeris





