Tuesday, 6 November 2012

BALKANISASI SIBER


BALKANISASI SIBER...pernahkah kita mendengar mengenai perkataan itu sepanjang kehidupan kita. Adakah kita sedar tanpa kita sedari kita telah mengamalkan sesuatu tanpa mengetahui maksudnya. Saya amat tertarik dengan satu artikel yang telah ditulis oleh seorang penulis yang amat luas ilmu pengetahuannya dalam bidang bahasa. Beliau adalah Dr Rahmat Ghazali.
 
Ramai yang tidak sedar bahawa selama ini kita telah menggunakan banyak perkataan yang kita sendiri tidak memahami dan mengetahui maknanya. Begitu juga dengan diri si penulis ini yang buat pertama kalinya mendengar perkataan balkanisasi. Satu perkataan yang sangat ganjil dan tidak diketahui maksudnya. Buat kesekian kalinya, si penulis kembali membelek kamus dewan bahasa dan mencari makna perkataan tersebut tetapi malangnya perkataan tersebut tidak dapat di jejaki. Lalu si penulis dengan segera menari-narikan jarinya di atas papan kekunci untuk mencari maksud sebenar balkanisasi siber dan siapa yang telah menjumpainya.

            Konsep Balkanisasi media atau yang pertama kalinya diperkenalkan oleh Cass Sunstein[1] (2002) sebagai ‘balkanisasi siber’ memaparkan suatu analogi terhadap gejala media yang menjadikan khalayak terpisah, membentuk koloni masing-masing dan ganas pada kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka. Pada terasnya, konsep ‘balkanisasi’ atau melalui kata akarnya ‘balkan’, diberikan kepada fenomena kebebasan negara-negara Balkan, khususnya Yugoslavia, yang membawa impak negatif dalam konteks perhubungan antarabangsa kerana kemerdekaan menjadikan mereka terpisah dan ganas sesama jiran. Dampak sedemikian juga mempunyai kebarangkalian dalam kalangan khalayak media kerana membolehkan penggunanya menempah bahan mengikut citarasa dan tuntutan-tuntutan peribadi (customisation and personalisation), terutamanya melalui Internet.

             Kemudian si penulis kembali sedar bahawa konsep ini sebenarnya telah lama diterapkan di dalam kalangan masyarakat Malaysia. Konsep dimana rakyat diberi kebebasan mutlak bagi melayari internet dan mengakses apa sahaja maklumat yang diingini dari laman sesawang. Hal seperti ini perlu dicegah dengan segera. Sedang asyik si penulis membaca maksud sebenar balkanisasi siber, si penulis terdetik untuk membuka satu pautan yang membawa si penulis ke satu blog seorang penulis yang sangat prihatin terhadap isu-isu semasa iaitu blog Dr Rahmat Ghazali.

            Setelah selesai membaca artikel mengenai Balkanisasi Siber di halaman tersebut, penulis terdetik untuk mengulas sedikit mengenai Balkanisasi Siber. Cuba kita semua bayangkan apa yang bakal berlaku kepada masyarakat Malaysia jika pahaman-pahaman luar yang selama ini tidak pernah diketahui disebarkan secara meluas dan memasuki fikiran masyarakat Malaysia. Perkara ini amat menakutkan tetapi tidak mustahil bakal berlaku. Ini dapat diperhatikan apabila penulis cuba mencari pautan mengenai agama Islam. Sedang penulis asyik menghadap papan kekunci, tiba-tiba terdetik untuk mencari jika terdapat pautan mengenai “islam is bad”.

             Penulis amat terkejut apabila terdapat banyak carian yang dikaitkan dengan “islam is bad”. Lebih dari 380 ribu artikel yang dipaparkan dan terdapat satu laman web rasmi yang terang-terangan mengutuk Islam iaitu islamisbad.com. Perkara ini sangat asing bagi penulis dan tidak disangka-sangka bahawa selama ini kita telah ditindas secara terang-terangan dan kita hanya mendiamkan diri tanpa mengambil sebarang tindakan. Balkanisasi Siber adalah satu perkataan yang amat besar dan jika diteliti ianya boleh membawa kebaikan dan keburukan kepada pengguna.

             Antara kebaikan yang diberikan adalah kepada pada pelajar yang masih menuntut dan ingin mencari bahan rujukan segera dari laman sesawang. Ini dapat dibuktikan apabila hampir separuh dari bahan rujukan yang dilampirkan pelajar adalah dari laman sesawang tetapi karmanya adalah apabila ada kebaikan pasti ada keburukannya. Keburukan balkanisasi siber ini adalah apabila maklumat yang disalurkan tiada penapisan dan pengguna bebas untuk mencari apa sahaja pautan yang diingini.

            Pengguna laman sesawang juga mempunyai kuasa dan hak untuk memuat naik apa sahaja komentar yang dirasakan benar dan ingin dikongsi kepada rakyat Malaysia. Kewujudan madia baru seperti blogspot dan sebagainya telah membuatkan jumlah wartawan-wartawan laman sesawang semakin meningkat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Penulis hanya meluahkan apa yang penulis rasakan selepas meneliti dan mengkaji persekitaran penulis sendiri. Tidak salah untuk mengejar kemajuan tetapi jangan biarkan diri kita ditenggelamkan olehnya. Perkuatkan tunjang peribadi dan perkasakan diri dengan akhlak yang telah diajarkan oleh Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W dan kita pasti tidak akan alpa dengan arus permodenan yang telah dibentangkan.

 
Jika anda berminat untuk membaca artikel ini secara penuh boleh mengaksesnya disini

versi Bahasa Melayu

versi Bahasa Inggeris

 

SENYUMLAH

*sekadar gambar hiasan


Mesti anda akan tersenyum apabila melihat gambar bayi ini. Betapa indahnya senyuman yang dilemparkan dan mampu nyejukkan mata yang memandang. Pernahkah anda terfikir bahawa senyuman mampu untuk merawat duka? Senyuman itu satu penawar dan di dalam Islam senyuman itu merupakan suatu sedekah.

*sekadar gambar hiasan

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

 Rasulullah SAW bersabda bahawa anak keturunan Adam memiliki kewajiban untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari mulai terbit.

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar). 

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

 Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harits, pernah menyatakan tentang Rasulullah SAW, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (HR Tirmidzi).

 Meskipun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan.

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR Muslim).

*sekadar gambar hiasan



Ketahui 15 fakta menarik tentang senyuman dengan melayari laman web di bawah ini